Thursday, 18 July 2013

Komen Mengenai Casing Komputer Inwin Maelstorm

InWIn:Maelstorm

Rupa Bentuk penuh inWin Maelstorm














Dalaman Casing tanpa motherboard
Anggaran luas kawasan dengan adanya motherboard















InWIn Maelstorm Military Edition


















































Casing ini mempunyai dalaman yang luas,yang penutup di kiri dan kanan diletakkan span penyerap bunyi bising.Disertakan juga getah anti gegaran untuk menyokong power supply dan tamabahan 2x lagi untuk power supply yang panjang.Bersaiz Fulltower dan boleh memuatkan motherboard ATX,Standard ATX dan Extend ATX.Turut disertakan pemegang hard disk anti-kejutan sebanyak 12.Dihadapan casing terdapat pemegang warna hijau itu adalah aksesori sahaja dan tidak boleh digunakan untuk mengangkat casing.Casing ini mempunyai yang sangat besar dan berat kerana besi yang dihasilkan dari besi yang berkualiti dan berat.Mempunyai ruang pegendaran udara yang baik dan disertakan 4 kipas penyejuk iaitu disisi,dihadapan,dibelakang dan diatas.Kipas disisi adalah 22 cm dan boleh ditukar kepada kipas 12cm x 6.Dimensi casing ini ialah H 550 x w 225 x D 601 mm (21.7 x 8.9 x 23.7).Casing ini mempunyai 2 kali penapis di hadapan dan jika ia adalah Inwin Maelstorm Military Edition ia turut disertakan penapis untuk power supply.Kelemahan casing ini ialah ia tiada penapis berganda untuk kipas disisi dan untuk power supply bagi edisi biasa.Mempunyai slot usb 2.0 x 4,firewire 1394A x 1,HD/AC '97,eSata x 2 di bahagian atas.Harga casing angaran diantara Rm 400 - Rm 500 bergantung kepada penjual.















Preview Permainan Video Komputer Tema Samseng Yang Fun Sangat

Saints Row 2

.......... Permainan Dunia Terbuka Samseng Yang Menyeronokan .........

Permainan yang mempunyai asas seperti Grand Theft Auto yang amat menyeronokan.Permainan yang memakan masa.Uniknya saints row 2 ialah kerana kepelbagaian mencipta karakter watak utama mengikut kesukaan permain.Mempunyai banyak jenis aksesori,pakaian dan senjata  yang boleh dibeli.Ditambah juga komedi yang tidak berat.Permainan ini berkisahkan watak utama yang ditahan di penjara,dimana dia ini mencari jalan untuk membebaskan diri kerana mendapat khabar kumpulan kongsi gelap yang ditubuhkanya telah dibubarkan dan kawasan mereka telah diambil alih oleh kumpulan kongsi gelap baru seperti Brotherhood,Sons of Samedi dan Ronin.Saya pada mulanya hanya bermain permainan bertemakan samseng hanyalah Grand Theft Auto,saya membeli permainan ini pun kerana cadangan abang saya,tetapi memang permainan ini sangat memuaskan.

 

 
Brotherhood

Kumpulan kongsi gelap yang suka memakai pakaian merah dan bertatu di semua anggota badan.Menggunakan jeep.Mempunyai ketua yang ganas dan menakutkan.

 

 

 

 

 

               Sons of Samedi

Kumpulan kongsi gelap yang dikenali dengan warna hijau.Kumpulan yang tak boleh dirunding.Jeneral kumpulan ini menggunakan sihir untuk membunuh musuhnya.

 

 

 

 

 

Ronin

 Kumpulan kongsi gelap dari Jepun.Kumpulan yang dikenali dengan bepakaian kuning.Selalu membawa motorsikal dan pedang.

 

 

 

 

 

Selamat mencuba permainan ini.........................